NOVEL R.I.R - NASZ
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
R.I.R - Rafael Ibrahim Redza
Rafa tak pernah percaya pada jodoh yang dipaksa-paksa.
Apatah lagi bila calon isteri itu adik angkat sendiri. Tapi bila permintaan terakhir mama yang sedang nazak ialah untuk dia kahwin dengan Alin, gadis yang dia kenal sejak kecil. Rafa blur.
Masalahnya, Rafa dah ada Batrisya. Cantik, bergaya, penuh keyakinan... dan sipi-sipi macam model ZARA.
Tapi Rafa tak mampu kata tidak. Bukan kerana cinta tapi terpaksa demi mama.
Beberapa minggu selepas akad, Alin pergi. Dia lari ke Sarawak, sambung belajar dan cuba lenyap dari radar selama 9 tahun.
Kini Rafa kembali ke tanah air. Bukan sekadar bertukar kerja dari tanah arab, tapi nak cari semula seorang isteri yang mungkin dia tak pernah cintai... tapi tak pernah dia lupakan.
Masalahnya?
Alin dah berubah.
Batrisya takkan biar Rafa 'kembali' pada sesiapa pun.
Dan... antara Rafa dan Batrisya masih ada cinta yang tidak selesai.
"Love was never part of the plan, but pain made it real."
Jika cinta itu tak dirancang, sanggupkah mereka terus berjuang... atau memilih untuk melepaskan?