NOVEL MY RIO ARYAN
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Rio Fukuda yang gila-gila dan kaki perempuan seakan mati selepas kematian Kenji. Hidupnya terasa kosong dan sepi.
Perialanan hidup vang teratur mula berantakan bila dia dipaksa mengambil alih legasi yang ditinggal sang ayah.
Ketika dia ke Malaysia atas urusan kerja, laungan azan memanggil dia untuk mendekat. Hatinya terasa sesuatu yang tak dapat digambarkan melainkan air mata saja menjadi saksi bahawa dia mendapat hidayah.
Kini dia adalah Rio Aryan Fukuda. Memeluk Islam satu perkara yang indah. Dia seperti dilahirkan semula.
Dirinya terasa tenang. Tetapi mulut-mulut orang membuatkan dia putus harapan.
Bagi Rio, Islam itu rumit dan sulit. Dia yang baru nak bertatih terus putus asa dan menjadi dirinya yang lama.
Sehinggalah pertemuan dengan Noor Ilhani.
Si gadis alim tetapi bermulut puaka.
Bertutup litup tetapi tegas dan garang.
"Pak cik, kalau nak cari isteri, cari kat masjid tau. Jangan cari kat kelab! Nah, saya mudahkan pak cik cari isteri kat sini. Alang-alang buat solat taubat sekali." - Noor Ilhani
Pantang berjumpa, ada saja benda vang mereka gaduhkan. Tetapi serua itu terhenti bila dia nekad mahu mendekati Hani.
Dia mahu Hani menjadi isterinya kerana Allah.
"Maatkan aku kerana mementingkan diri.
Aku sedar aku tak layak bersama kau. Hani.
Tapi aku mahu kau sentiasa di sisi aku agar syurga lebih dekat untuk aku gapai." ~ Rio Aryan